|
|
Sejarah Ringkas PAS Di Terengganu |
Secara rasminya PAS Cawangan Dungun adalah merupakan PAS
yang pertama ditubuhkan di Negeri Terengganu. Peristiwa bersejarah
ini berlaku kira-kira jam 5.00 petang pada 6 Julai 1956 di Madrasah
Al-Zainiyyah, di Sura Gate, Dungun . Seramai 23 orang pencinta politik
Islam telah berkumpul di situ bagi membincangkannya. Dalam majlis
itu, wakil PAS Pusat, Haji Muhamad Asri Haji Muda telah memberikan
penerangan kepada mereka. Setelah perbincangan dibuat, mereka
bersetuju untuk menubuhkan cawangan Dungun dengan melantik satu
jawatankuasa yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman.
Kemudiannya pengaruh PAS mula menjalar dan terbentuklah
cawangan-cawangan lain di Terengganu.
Cawangan Kuala Terengganu pada tahun 1956.
Cawangan Kemaman pada tahun 1957
Cawangan Kuala Berang pada tahun 1958
Cawangan Besut pada tahun 1958
Badan Perhubungan PAS Tereangganu pula ditubuhkan pada tahun
1957di mana Muhamad Asri Haji Muda telah dilantik sebagai
Pesuruhjaya yang pertama oleh PAS Pusat untuk tahun 1956-1957
|
Pesuruhjaya PAS Di Terengganu |
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS adalah:
Muhamad Azzam Hanafiah (1957 - 1959)
Mohd Daud Samad (1961 - 1963)
Omar Shukri Embong (1963 - 1966)
Mohd Daud Samad (1966 - 1972)
Haji Kassim Ahmad (1972 - 1975)
Abdul Wahab Yunos (1975 - 1982)
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ( 1982 - 1989)
Ustaz Harun Taib (1989 - 1994)
|
|
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ditubuhkan pada hari Jumaat, 20 Januari 1961, melalui satu
mesyuarat yang disertai oleh para pemuda PAS seluruh Terengganu. Ia dilangsungkan di Pejabat
Perhubungan PAS Terengganu ( Nombor 74 Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Penubuhannya
dipelopori oleh Wan Osman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika itu. Ketua
Dewan Pemuda PAS Terengganu yang pertama adalah Che Da Abdul Jalil Awang
Ketua Dewan Pemuda
Che Da Abdul Jalil Awang (1961 - 1963)
Syed Abdullah Alwee Alkaf (1963 - 1965)
Haji Abdul Wahab Yunos (1965 - 1969)
Mohd @ Harun Jusoh (1969 - 1976)
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1976 - 1979)
Ustaz Abdul Latif Muhamad (1979 - 1983)
Ustaz Abu Bakar Chik (1983 - 1985)
Ustaz Mahmud Sulaiman (1985 - 1991)
Ustaz Abu Bakar Abdullah (1991 - 1993)
Muhamad Abdul Wahid Endut (1993 - 1995)
Penubuhan secara rasminya ialah pada 17 Mei 1962, di Pejabat PAS Kuala Terengganu. Pelancaran penubuhannya dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika itu, Ustaz Omar Shukri Embong. Di majlis yang dihadiri oleh 31 orang
para ulama dan pencinta Islam itu, Haji Abbas Awang telah dilantik sebagai ketuanya yang pertama.
Turut dilantik adalah Haji Mokhtar Said sebagai Naib Ketua, Haji Shafie Sulong sebagai Setiausaha,
Tuan Haji Ngah Awang sebagai Bnedahari. Seramai 9 orang ahli jawatankuasa lain
turut dilantik.
Ketua Dewan Ulama
Haji Shafie Mohd Haji Ghazali Haji Ahmad
Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dewan Muslimat yang pertama ditubuhkan di negeri Terengganu adalah Dewan Muslimat PAS Dungun yang diketuai oleh Che Diah Abdul Rahman. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1957 diikuti oleh cawangan Kuala Terengganu dan Besut pada tahun 1958. Penubuhan di peringkat negeri pula dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu, Ustazah Zubaidah Ali pda tahun 1973. Hajjah Fatimah Ismail telah dilantik menjadi ketuanya yang pertama sehinggalah pada tahun 1989. Ketua Dewan Muslimat PAS yang seterusnya adalah Hajjah Aishah Awang (1989-1991)
dan Hajjah Zaindun Yusof (1991-1994).
|