Pengenalan

Alaf Baru : PAS Kuasai Politik Terengganu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani "Politik Terengganu telah jatuh di tangan PAS" Inilah impian dan khayalan yang benar-benar telah menjadi kenyataan ! Sewaktu PAS mula-mula memacakkan bendera bulan purnama di Terengganu, ramai tidak berkeyakinan akan masa depan politik PAS. Melihat kepada suasana dan realiti masyarakat Terengganu pada waktu itu, adalah sukar bagi PAS untuk bertapak kukuh di Terengganu. Kini tahun demi tahun silih berganti, PAS tetap wujud dan terus berkembang sesuai dengan kehendak dan keperluan zaman. Sebagai sebuah gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) dan parti politik nasional, PAS bergerak tidak semata-mata atas keperluan politik tetapi turut sama memberi sumbangan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, dakwah, ekonomi, sosial dan budaya. Peranan PAS memberi kesedaran dan pendidikan kepada rakyat bersama Islam tetap diteruskan dalam pelbagai bentuk pendekatan yang sesuai. Rakyat akan dididik cintakan kepada kebaikan dan menjauhi kejahatan dan kemungkaran. Secara sedar atau tidak generasi 14 tahun dulu kini sudah mula memimpin Terengganu. Ada menjadi pensyarah pensyarah di Universiti dan Kolej.

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).
  Ada menjadi pensyarah pensyarah di Universiti dan Kolej, ada menjadi pegawai kanan kerajaan, ada menjadi Pengetua Sekolah, ada menjadi aktivis sosial, ada menjadi ahli perniagaan berjaya, ada menjadi Imam Masjid malah sudah ada menjadi tenaga pakar prosesional. PAS akan terus berkembang di Terengganu. Ia memang belum berjaya dari segi politik tetapi roh perjuangan yang di bawa oleh PAS terus mekar dan mewangi. Tidak sesiapa boleh menafikan, PAS Terengganu akan menjadi satu kuasa besar dalam politk terengganu sedikit masa lagi. Berbekalkan Islam sebagai pegangan perjuangan, PAS sudah pasti akan melahirkan kepimpinan yang bersih, berakhlak, berketerampilan, berilmu dan bertaqwa kepada Allah. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan anda. Bersama Membina Terengganu yang Adil, Aman Dan Makmur
Links
| PAS Pusat | Harakahdaily | Terengganu |
| Ucapan Menteri Besar | Khutbah Jumaat | Tazkirah Mingguan |